NADI – AWARENESS: Rakan Virtual Penipuan Alaf Baru
17 Mac 2026 | Aktiviti Terkini16 Mac 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas dalam talian NADI – AWARENESS: Rakan Virtual Penipuan Alaf Baru. Seramai 3 orang peserta terlibat dalam kelas ini. Terdiri daripada 2 peserta sekolah rendah dan seorang sekolah menengah.
Rakan virtual adalah kawan yang kita kenali hanya melalui permainan video atau aplikasi sembang. Walaupun nampak baik, kita perlu berwaspada kerana mereka mungkin penipu (scammer) yang menyamar sebagai kanak-kanak. Mereka akan cuba memujuk kita untuk berkongsi maklumat peribadi seperti alamat rumah, nama sekolah, atau kata laluan akaun.
Ingat, jangan mudah percaya kepada orang yang tidak pernah kita jumpa secara bersemuka! Jika rakan virtual meminta gambar atau mengajak berjumpa di luar, segera beritahu ibu bapa. Keselamatan kita di alam maya bermula dengan sikap tidak berkongsi rahsia peribadi kepada orang asing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: